...Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu...


Cinta adalah kekuatan yg mampu

mengubah duri jadi mawar

mengubah cuka jadi anggur

mengubah sedih jadi riang

mengubah amarah jadi ramah

mengubah musibah jadi muhibah.


Ya Allah jika aku jatuh cinta,


Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,

Rindukanlah aku pada seseorang

Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku

Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


Amiin



...Beautiful name's of Allah...

Monday, May 30, 2011

Anak beranak Saudara Mara...Kumpul ramai2

Assalamualaikum...

Miss dd suke sangat hari nie...kami anak beranak sedare mare berkumpul ramai2...bkn pe rumah tok kt kg 2 nk kosongkan...so kami bergotong royong memindahkan barang2 yang sepatutnya... :)...kebetulan pula hari ni eh bkn hari nie, semalam sebenarnye...tp baru beli kek hari nie...huhu...ap2 pun dpt mkn kek...hehehe besday sepupu miss dd... wan mohammad nuqman al-jihadi b. wan burhanuddin...panjang x nama dia..hehehe...Alhamdulillah masih diberi kesempatan kepada kami untuk bersama2 berkumpul...thank you Allah...

Hadith Rasulullah :  " Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri... "


Sunday, May 29, 2011

Pertemuan termeterai jua...ukhuwah kerana Allah...

Bismillahirahmannirahim...

Hari ni miss dd nak panjatkan rasa bersyukur sangat sebab dapat berjumpa kwn2 sekolah dulu...dah 3 tahun kami xjumpa...terima kasih Allah beri peluang kepada kami untuk bertemu kembali...bertambah indah pertemuan kami kerana kami bertemu di majlis walimah salah seorang sahabat iaitu aina mardhiah...Alhamdulillah majlis berjalan dengan baik... :)...

Kepada kawan2 miss dd, aku seronok sangat hari nie...kenangan nie xkan aku lupe...nie majlis ainama...sape the next person???hehehe...oklah sampai kat sini je miss dd nak kongsi pertemuan persahabatan kami...Begitula...Indahnya Berukhuwah Kerana Allah...InsyaAllah Abadan Abada... :)...


p/s: Alhamdulillah persahabatan kami sudah berusia lapan tahun...thank you Allah...syg korang semua...
p/s: Satu lagi kepada kwn2 yang xdpt berjumpe bersama...panjang umo kite berjumpa dilain hari ye syg2 sekalian...kt korang aku misz sangat2...:)

Saturday, May 21, 2011

...Bina Masjid Sudahhh...Tahniah

Assalamualaikum...

Hari nih miss dd nak bercerita mengenai teman2 seperjuangan yang masing-masing bakal membina masjid atas cinta + kasih yang telah Allah SWT kurniakan pada mereka...semoga berkekalan sampai ke syurga hendak-Nya...Aminn...

First, tahniah kepada saudari Aina Mardhiah yang bakal mendirikan rumah tangga pada 29 mei 2011 ini...
Second, tahniah kepada kakaku, saudari Noraini bt Nasnan yang juga bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 25 jun 2011 ini...

Semoga kalian menjadi isteri yang solehah kepada para suami juga menjadi ibu yang penyayang kepada anak2 kelak...aminn...InsyaALLAH

Awal kan miss dd taip entry nih...sje2 :)..mudah-mudahan miss dd ditemukan juga dengan calon2 yang terbaik...eceh3...xslah an....oklah semoga kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat...aminn

Friday, May 20, 2011

Lelaki @ sebagai Pemimpin Pilihan...

اسلا م عليكم ...

Sekian lama miss dd xmenulis di blog miss dd... :)...Hari ini miss dd menaip entry nih...ewah3...tgk title 2...miss dd khususkan untuk " lelaki "...sebab ap lelaki juga akan memimpin sesebuah keluarga...seterusnya membentuk institusi keluarga yang mawaddah wa rahmah... :)...suka suka suka...insyaAllah...

Sebenarnya miss dd nk kongsi sedikit ilmu waktu blaja dengan seorang ustaz miss dd nih...Beliau cakap jika kita hendak memilih pemimpin...haruslah pilih yang ada quwwah & amanah...hah 2 kriteria kepimpinan dalam Islam taw...
Satu lagi...Menurut Imam Ahmad, beliau meletakkan 2 syarat dlm pemilihan pemimpin iaitu :
jika ad 2 calon yang bertanding, seorang yang ada sifat waraq & seorang lagi ada quwwah...kata beliau haruslah dipilih yang ada quwwah...
( p/s : ni sekadar ilmu yang miss dd belajar dlm memilih pemimpin )

Miss dd nih dah bercampur baur dh nih..hehehe...sori ek...kalau dah menulis 2 xperasan mende dah...yang utamanya miss dd nk bgtaw ialah dalam masa kita membuat pilihan, xkiralah memilih apa sekalipun...hendaklah pilih yang terbaik...wallhua'lam...

Saturday, May 7, 2011

Singgah jap...s.a.y.a. a.g.a.k. b.o.r.i.n.g...

Assalamualaikum...Teman2...hehehe

apa khabar?miss dd sje2 nk menekan2 keyboard lappy miss dd nih...nk mula menulis dan mengarang ap2 yang terlintas dlm fikiran nih...miss dd sebenarnye dlm proses menunggu dan terus menunggu untk berpraktikal...hmm terasa begitu lame untuk menunggu result nih... :(...aik tp xbek mengeluh taw...
satu hari, miss dd ada suruh kwn msg ustaz setelah sekian lme menunggu tarikh praktikal...tup.tup...ustaz bgtaw kputusannye isnin nih...tgk la mcmne...perasaan miss dd seronok pun ad nk masuk praktikal nih, tkot pun ada... :(...beselah an..xde pengalaman kerja...

p/s : coretan nih sekadar luahan miss dd shj... :P

Thursday, May 5, 2011

Syurga di bawah Telapak kaki Ibu...

Bismillahirahmannirahim...

Miss dd nk post lagu nih sempene hari ibu yang bakal menjelang..tapi sebenarnya ustazah cakap hari2 sebenarnye hari ibu...muahzzz sayang UMI...

Sunday, May 1, 2011

Rindunye...

assalamualaikum...

sekian lama xmenjengah ke blog nie...hehe...rindu nak merepek dan menulis...saje2 miss dd nak kongsi cerita...sejak minggu lepas ag miss dd ada jemputan kenduri...mcm2 kenduri la...hehehe...nk ceritanye kt sini seronok berfamili besar nih...mse2 kenduri nie la dpt kumpul ramai2 anak beranak...wah3 seronok sangat...yela sekali sekala berjumper an...ayah sedara, mak sedara, tok sedara, nenek sedara, abg sepupu, kakak sepupu...aish byk la kalo nak ditulis nih :) ...yang miss dd xkenal pun ada...yela ramai sangat an... peace :)

Cerita pasal kenduri kendara nih, dalam bulan nie ada sorang kwn miss dd nk berkahwin tmpatnya kt bukit ktn...xsabar nk pegi nih...bukan apa satu sebab lg nk jumpe kwn2 lame...insyaAllah kalo dipanjangkan umur ni...mcm miss dd ckp td la..waktu kenduri xkira la kenduri ngn saudara mara ke ngn kwn2 ke yang pasti bile masa kenduri nie lah dpt kumpul n jumpe yang mana dh lame xjumpe 2... :)

oklah dh banyak merepek nih...ehehe...semoga ukhuwah kite berkekalan sampai ke akhirnya...InsyaAllah...




Untukmu Wanita...

بسم الله الرحما ن الرحيم

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya. 
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
"Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya." (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS. 
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, "Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?"
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, "Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT." 
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.